Bekas mudir direman lima hari bantu siasatan kes amang seksual

27 Sep 2026, 9:30 AM
Bekas mudir direman lima hari bantu siasatan kes amang seksual

DUNGUN, 27 SEPT: Bekas mudir sebuah maahad tahfiz di daerah ini direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan amang seksual terhadap tiga pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun dalam kejadian antara April hingga September tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata perintah reman sehingga Khamis itu dikeluarkan Majistret Ng Yan Ni selepas membenarkan permohonan pihak polis di Mahkamah Majistret Dungun hari ini.

Ketika dihubungi di sini, beliau berkata permohonan reman itu bertujuan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14(b) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan.

Katanya lelaki berusia 26 tahun itu yang kini bertugas sebagai guru sambilan hafazan di sebuah sekolah agama di daerah itu ditahan di kediamannya di Paka di sini jam 11 malam tadi.

“Polis menerima tiga laporan berhubung kejadian itu semalam dan siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa merupakan bekas pelajar maahad berkenaan pada 2025,” katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.