E-buku, buku fizikal saling melengkapi keperluan pembaca

27 Sep 2026, 6:00 AM
E-buku, buku fizikal saling melengkapi keperluan pembaca
E-buku, buku fizikal saling melengkapi keperluan pembaca
E-buku, buku fizikal saling melengkapi keperluan pembaca
E-buku, buku fizikal saling melengkapi keperluan pembaca
E-buku, buku fizikal saling melengkapi keperluan pembaca

KUALA LUMPUR, 27 SEPT: E-buku dan buku fizikal mempunyai kelebihan tersendiri yang menjadikan kedua-dua medium itu saling melengkapi dalam memenuhi keperluan pembaca.

Tokoh Perbukuan Negara Mohd Khair Ngardion berkata e-buku sebagai medium baharu menawarkan kemudahan terutama kepada pembaca yang sudah terbiasa menggunakan gajet dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, bahan bacaan menerusi e-buku berada di hujung jari dan boleh diakses pada bila-bila masa, sekali gus memberi pilihan kepada pembaca mendapatkan bahan secara lebih mudah.

Bagaimanapun, penggunaan e-buku mempunyai beberapa kekangan termasuk kebergantungan kepada gajet, bateri serta sambungan data bagi bahan bacaan yang tidak boleh diakses secara luar talian.

Pasaran e-buku di Malaysia juga masih rendah apabila merangkumi kurang 10 peratus daripada keseluruhan pasaran buku.

Tokoh Perbukuan Negara, Mohd Khair Ngardion ketika ditemui di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur pada 24 September 2026. Foto Marsya Zulaikha Syakur/MEDIASELANGOR

Pada masa sama, Mohd Khair berkata buku fizikal menawarkan pengalaman membaca berbeza kerana pembaca boleh memegang, menghidu dan menyelak halaman secara fizikal.

“Kalau ada halaman yang kita suka, kita boleh tandakan dan patah balik kepada halaman tersebut. Itu antara pengalaman yang ada pada buku fizikal,” katanya.

Faktor harga turut menjadi pertimbangan apabila kos penerbitan dan percetakan menyebabkan harga buku fizikal lebih tinggi, manakala e-buku boleh ditawarkan pada harga lebih rendah.

Namun, Mohd Khair menjelaskan kewujudan e-buku tidak bermakna buku fizikal akan kehilangan tempat dalam masyarakat kerana kedua-duanya mempunyai fungsi serta kelompok peminat masing-masing.

“E-buku dan buku fizikal bukan perkara yang berlawanan, bukan satu lawan satu. E-buku ada peminat sendiri dan buku fizikal ada peminat sendiri. Dunia perbukuan menyantuni semua golongan,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.