Anwar masih belum terima surat peletakan jawatan Anthony Loke

26 Sep 2026, 7:52 AM
Anwar masih belum terima surat peletakan jawatan Anthony Loke

SHAH ALAM, 26 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Tunggu surat (peletakan jawatan),” katanya ringkas bagi mengulas berhubung hasrat Loke untuk meletak jawatan Kabinet itu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama dengan Perdana Menteri di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP itu berkata beliau kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Loke mengumumkan hasrat meletak jawatan Kabinet selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 Sept.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu sekembalinya ke tanah air dari China.

Ketika diminta mengulas berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) yang dikaitkan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak, Anwar meminta perkara tersebut dirujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

RoS mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa pada 23 September.

Menurut kenyataan RoS, tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September 2026.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.