SKMM bantu KKM hantar ubat melalui pos secara percuma mulai 1 Oktober

26 Sep 2026, 7:18 AM
SKMM bantu KKM hantar ubat melalui pos secara percuma mulai 1 Oktober

PADANG BESAR, 26 SEPT: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu mulai 1 Okt ini.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu, akan dilaksanakan di seluruh negara melalui peruntukan dana kira-kira RM5 juta.

“Sebelum ini pesakit perlu membayar untuk penghantaran ubat melalui pos tetapi mulai 1 Okt ini, semua yang terlibat tidak lagi perlu membayar dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui SKMM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA), di Klinik Kesihatan Padang Besar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengarah Kesihatan Perlis Dr Ghazali Chik.

Pada Jun lepas, Fahmi dilaporkan berkata kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat kepada kira-kira 80,000 pesakit sebulan, menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP) hasil kerjasama SKMM dan KKM.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.