Pelajar tingkatan dua maut di asrama: Senior tingkatan empat direman enam hari

26 Sep 2026, 6:40 AM
Pelajar tingkatan dua maut di asrama: Senior tingkatan empat direman enam hari

SHAH ALAM, 26 SEPT: Remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pelajar tingkatan dua yang didakwa dibuli di sebuah sekolah di Kuala Pilah, malam tadi, direman selama enam hari.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata permohonan reman terhadap pelajar tingkatan empat itu dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, lapor Berita Harian.

"Polis memohon reman pagi tadi dan pihak mahkamah membenarkannya selama enam hari sehingga 1 Oktober," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu remaja berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) dan disahkan meninggal dunia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.