Pekerja wanita maut tersepit mesin pengangkat di Kuala Langat

24 Sep 2026, 3:00 PM
Pekerja wanita maut tersepit mesin pengangkat di Kuala Langat

SHAH ALAM, 24 SEPT: Seorang pekerja wanita maut selepas dipercayai tersepit pada mesin pengangkat di sebuah premis di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 pagi.

"Mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran kira-kira jam 11.20 pagi selepas mengalami kecederaan pada kepala.

"Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya lapor Berita Harian.

Mohd Akmalrizal berkata pemeriksaan awal turut dijalankan susulan kejadian berkenaan.

Hasil pemeriksaan berkenaan mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.