JPJ nafi dakwaan Rohingya dibenar ambil lesen memandu

24 Sep 2026, 2:40 AM
JPJ nafi dakwaan Rohingya dibenar ambil lesen memandu

SHAH ALAM, 24 SEPT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kenyataan tular di Facebook yang mendakwa jabatan itu mencadangkan supaya etnik Rohingya dibenarkan mengambil lesen memandu.

JPJ memaklumkan kandungan bertajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu” yang dimuat naik menerusi akaun Along Auto Parts itu menyerupai berita rasmi.

“JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti JPJ,” menurut JPJ menerusi hantaran di Facebook.

Susulan penyebaran kandungan berkenaan, JPJ telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan serta tindakan lanjut diambil.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya dan merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat tepat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.