MPAJ kompaun peniaga buang sisa buah dalam longkang awam

23 Sep 2026, 12:50 PM
MPAJ kompaun peniaga buang sisa buah dalam longkang awam
MPAJ kompaun peniaga buang sisa buah dalam longkang awam
MPAJ kompaun peniaga buang sisa buah dalam longkang awam
MPAJ kompaun peniaga buang sisa buah dalam longkang awam

SHAH ALAM, 23 SEPT: Peniaga buah-buahan bermusim di Taman Cempaka, Ampang dikompaun selepas didapati membuang sisa buah-buahan dan bahan buangan daripada aktiviti perniagaan ke dalam longkang awam.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil tindakan itu menerusi Jabatan Perkhidmatan Bandar & Kesihatan ketika pemeriksaan aktiviti penjajaan buah-buahan bermusim semalam.

Pemeriksaan dijalankan di Pusat Penjaja Buah-buahan Bermusim, Jalan Cempaka, Taman Cempaka bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sisa buah-buahan serta bahan buangan daripada aktiviti perniagaan dibuang ke dalam longkang awam,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Susulan pemeriksaan itu, peniaga terbabit dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 16, Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan 2007.

Menurut MPAJ, kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak menyediakan tong sampah yang mencukupi bagi menguruskan sisa daripada aktiviti perniagaan.

Peniaga terbabit turut diberikan penerangan dan arahan supaya tidak membuang sisa perniagaan ke dalam longkang awam.

MPAJ pada masa sama mengingatkan peniaga supaya mengumpulkan semua sisa buah-buahan dan melupuskannya menggunakan kaedah yang betul.

Langkah itu penting bagi mengelakkan pencemaran selain memastikan kebersihan kawasan sekitar sentiasa terpelihara.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.