Bedah siasat mangsa maut dalam kereta selesai, mayat dituntut waris

21 Sep 2026, 5:11 AM
Bedah siasat mangsa maut dalam kereta selesai, mayat dituntut waris

ALOR GAJAH, 21 SEPT: Bedah siasat terhadap mayat lelaki dan wanita yang ditemukan di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini semalam, telah selesai dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata mayat lelaki berusia 31 tahun itu dituntut ibunya, manakala mayat wanita berumur 33 tahun pula dituntut abangnya, masing-masing kira-kira jam 11 malam tadi.

“Bedah siasat telah selesai dan keputusan masih menunggu siasatan makmal dan kedua-dua jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Durian Tunggal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari pada 12.05 tengah malam.

Siasatan awal terhadap kedua-dua mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah termasuk kemungkinan disamun atau berlaku pergelutan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.