SHAH ALAM, 21 SEPT: Sebanyak 21 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi tadi.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Sarawak merekodkan bacaan tertinggi dengan IPD Serian mencatatkan 168, diikuti Kapit (166), Sri Aman (160), Miri, Bintulu dan Kuching (158), Samarahan (157), Sibu (156), Samalaju (155), ILP Miri (146) serta Limbang (104).
Di Sabah, Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan IPU 153, manakala Kota Kinabalu mencatatkan 133.
Di Semenanjung, Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU 158, diikuti Putrajaya (157), Cheras, Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan (155), Johan Setia (153), Shah Alam dan Bukit Rambai, Melaka (152) serta Tangkak, Johor (125).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).





