KPM cadang semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen minggu depan

20 Sep 2026, 7:55 AM
KPM cadang semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen minggu depan
KPM cadang semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen minggu depan
KPM cadang semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen minggu depan

PUTRAJAYA, 20 SEPT: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan cadangan untuk menyemak semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen untuk pertimbangan Jemaah Menteri, minggu hadapan.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen telah diperincikan dalam Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006.

"KPM mengambil maklum pelbagai pandangan yang dibangkitkan berhubung ketetapan tersebut dan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan semua pihak.

"KPM berpandangan bahawa ruang pendidikan perlu kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan dan pembelajaran anak-anak Malaysia," menurut kenyataan itu.

Kementerian turut menghargai sumbangan pengusaha pusat tuisyen selama ini dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.