Polis buru suspek tikam pekerja Pasar Borong KL

18 Sep 2026, 5:30 AM
Polis buru suspek tikam pekerja Pasar Borong KL

SHAH ALAM, 18 SEPT: Polis sedang mengenal pasti suspek yang disyaki menikam seorang pekerja Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam, berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

"Mangsa yang cedera di belakang badan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Selayang.

"Mangsa tidak mengenali suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejaki suspek terbabit," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki cedera ditikam individu tidak dikenali ketika bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Mangsa berusia 30-an ditikam secara tiba-tiba kira-kira jam 8.40 pagi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.