Hijrah Selangor tawar Dana Pantas, Dana Niaga Tani hingga RM10,000, lulus sepantas 48 jam

18 Sep 2026, 3:06 AM
Hijrah Selangor tawar Dana Pantas, Dana Niaga Tani hingga RM10,000, lulus sepantas 48 jam

SHAH ALAM, 18 SEPT: Usahawan pelbagai sektor serta pengusaha pertanian huluan dan hiliran di Selangor boleh memohon Dana Pantas dan Dana Niaga Tani dengan kelulusan penuh sepantas 48 jam.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menerusi Facebook memaklumkan permohonan boleh dibuat secara digital melalui aplikasi DANA PLUS, tertakluk kepada syarat, kelayakan dan kelengkapan dokumen.

Kedua-dua skim itu menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 tanpa kadar keuntungan dengan tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun.

Dana Pantas terbuka kepada semua sektor perniagaan yang berdaftar dan telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun, manakala Dana Niaga Tani dikhususkan kepada sektor pertanian huluan dan hiliran dengan tempoh operasi perniagaan sekurang-kurangnya enam bulan.

Antara syarat utama permohonan ialah:

  • warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 65 tahun

  • bermastautin, mengundi dan menetap di Selangor

  • usahawan baharu termasuk usahawan Platform Selangor (PLATS), tertakluk kepada syarat ditetapkan

Kedua-dua skim berkenaan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 dengan peruntukan keseluruhan RM20 juta.

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 usahawan di Selangor.

Permohonan dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi aplikasi DANA PLUS atau laman sesawang rasmi Hijrah Selangor.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.