Permohonan Dana Pantas, Dana Niaga Tani kini dibuka

27 Ogos 2026, 8:27 AM
Permohonan Dana Pantas, Dana Niaga Tani kini dibuka

SHAH ALAM, 27 OGOS: Usahawan Selangor kini boleh memohon pembiayaan sehingga RM10,000 tanpa kadar keuntungan menerusi Dana Pantas dan Dana Niaga Tani yang ditawarkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor).

Hijrah Selangor menerusi Facebook memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui aplikasi DANA PLUS dengan kelulusan sepantas 48 jam berdasarkan kelayakan.

Kedua-dua skim pembiayaan itu merupakan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 yang diumumkan Dato' Menteri Besar dengan peruntukan keseluruhan RM20 juta.

Pembiayaan berkenaan menawarkan tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 usahawan di Selangor.

Nur Khairulnisa Abdul Rahman dan Nur Nasyarina Ahmad Nasaruddin menunjukkan aplikasi digital DANA PLUS Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) pada majlis pelancarannya di Hotel Wyndham Acmar Klang, 21 Julai 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Bagi Dana Pantas, permohonan terbuka kepada semua sektor perniagaan yang berdaftar dan beroperasi sekurang-kurangnya setahun.

DANA Niaga Tani pula dikhususkan kepada sektor pertanian huluan dan hiliran, dengan perniagaan perlu beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan.

Antara syarat lain ialah pemohon merupakan warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 65 tahun, bermastautin, mengundi dan menetap di Selangor.

Usahawan baharu termasuk usahawan Platform Selangor (PLATS) turut layak memohon tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Permohonan dan maklumat lanjut mengenai Dana Pantas serta Dana Niaga Tani boleh diperoleh menerusi aplikasi DANA PLUS atau laman sesawang rasmi Hijrah Selangor.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.