Amang seksual kanak-kanak: Penghantar barang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan

15 Sep 2026, 8:50 AM
Amang seksual kanak-kanak: Penghantar barang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan

KUALA TERENGGANU, 15 SEPT: Seorang penghantar barang syarikat kurier hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, tahun lepas.

Abdul Qayyum Ahmad, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berumur 12 tahun di Kampung Pengkalan Setar Gelugor Kedai di sini pada bulan Jun dan 17 Sept 2025 mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad tidak menawarkan jaminan namun sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, beliau memohon jumlah yang tinggi dikenakan.

Bagaimanapun, peguam Muhamad Nasrul Syahmi Mohd Ariffin memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menyara isteri dan dua anak.

Mahkamah membenarkan Abdul Qayyum diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa atau saksi.

Mahkamah menetapkan 12 Okt untuk sebutan semula kes.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.