SHAH ALAM, 15 SEPT: Perasaan cemburu dipercayai menjadi punca seorang suami menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim Hi-Tech, Kulim, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata suspek menyerah diri di Balai Polis Lunas sejurus kejadian, manakala polis turut merampas sebilah pisau lipat yang dipercayai digunakan dalam kejadian.
“Suspek mengaku telah menikam mangsa sebanyak 13 kali, iaitu tujuh tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan menggunakan pisau lipat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.







