Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari pangsapuri di Putrajaya

13 Sep 2026, 3:30 AM
Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari pangsapuri di Putrajaya

PUTRAJAYA, 13 SEPT: Seorang remaja perempuan maut dipercayai selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri di Presint 5 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan remaja berusia 15 tahun itu pada 10.33 malam.

“Siasatan awal pihak polis mendapati perempuan berumur 15 tahun dijumpai terbaring dipercayai jatuh dari tempat tinggi.

“Mangsa tinggal bersama-sama keluarga di tingkat 9 pangsapuri tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya.

“Bedah siasat akan dilakukan hari ini dan siasatan diklasifikasi sebagai mati mengejut manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.