Remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan dipercayai curi kabel TNB

24 Sep 2026, 2:30 PM
Remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan dipercayai curi kabel TNB

DUNGUN, 24 SEPT: Polis menahan seorang remaja perempuan yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Delong, Jalan Loji Air Paya Kemudi di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan jam 3 pagi tadi, selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kabel TNB bersaiz 150 milimeter (mm) sepanjang kira-kira 1,000 meter dianggarkan bernilai RM8,000.

Beliau berkata bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun bergegas ke lokasi sebelum suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri dengan meninggalkan kabel telah dipotong kepada beberapa bahagian lebih pendek.

"Hasil tindakan susulan polis menahan seorang remaja tempatan berusia 18 tahun yang berada di dalam sebuah kereta Proton Satria Neo berwarna kelabu.

"Selain itu polis turut merampas sebuah kenderaan, beberapa keratan dan batang kabel TNB, alat pemotong kabel serta sebuah beg mengandungi peralatan pertukangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ab Halim berkata siasatan awal mendapati kabel berkenaan dipercayai dipotong menggunakan peralatan pemotong sebelum penebatnya dibuang bagi mendapatkan wayar tembaga.

Katanya, remaja yang ditahan itu dibawa ke Mahkamah Dungun hari ini dan direman selama empat hari hingga 27 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.