BRICS gesa Israel berundur dari wilayah Lubnan

12 Sep 2026, 2:30 PM
BRICS gesa Israel berundur dari wilayah Lubnan

NEW DELHI, 12 SEPT: Pemimpin-pemimpin BRICS mengecam pelanggaran kedaulatan Lubnan dan menggesa Israel mengundurkan tenteranya dari wilayah Lubnan yang diduduki, selain menegaskan semula komitmen mereka terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami mengecam pelanggaran berterusan terhadap gencatan senjata serta kedaulatan dan keutuhan wilayah Lubnan. Kami menggesa Israel menghormati syarat yang dipersetujui dengan kerajaan Lubnan dan mengundurkan tenteranya dari semua wilayah Lubnan yang masih diduduki,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada sidang kemuncak di New Delhi.

Pemimpin BRICS turut menyatakan “komitmen terhadap kedaulatan, kemerdekaan, perpaduan dan keutuhan wilayah Syria”.

“Kami menggesa Syria supaya menentang dengan tegas segala bentuk keganasan dan ekstremisme serta mengambil tindakan konkrit bagi menangani kebimbangan masyarakat antarabangsa mengenai keganasan. Kami seterusnya menegaskan semula keperluan untuk mengundurkan tentera pendudukan dari Syria,” menurut kenyataan itu.

Sidang Kemuncak BRICS ke-18 berlangsung pada 12-13 Sept di New Delhi.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.