Gempa bumi kuat landa Laut Jawa, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

12 Sep 2026, 12:12 AM
Gempa bumi kuat landa Laut Jawa, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

SHAH ALAM, 12 SEPT: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 berlaku di Laut Jawa, Indonesia pada jam 5.23 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 5.1 darjah Selatan dan 106.8 darjah Timur dengan kedalaman 378 kilometer.

“Pusat gempa terletak kira-kira 117 kilometer di utara Jakarta, Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, METMalaysia memaklumkan kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.