Teknologi EM bantu kurangkan bau, lalat, tingkatkan kebersihan ladang ternakan

12 Sep 2026, 2:00 AM
Teknologi EM bantu kurangkan bau, lalat, tingkatkan kebersihan ladang ternakan
Teknologi EM bantu kurangkan bau, lalat, tingkatkan kebersihan ladang ternakan
Teknologi EM bantu kurangkan bau, lalat, tingkatkan kebersihan ladang ternakan
Teknologi EM bantu kurangkan bau, lalat, tingkatkan kebersihan ladang ternakan

SABAK BERNAM, 12 SEPT: Penggunaan teknologi mikrob EM (Effective Microorganism) berpotensi menjadi penyelesaian mesra alam bagi menangani masalah bau, lalat dan pengurusan sisa di ladang ternakan, sekali gus mewujudkan persekitaran lebih bersih serta selesa kepada penternak dan komuniti sekitar.

Pengusaha MyBioStar, Mohd Fesal Idris, 66, berkata campuran mikrob berkenaan boleh digunakan pada najis ternakan, kandang dan makanan haiwan bagi membantu menguraikan bahan buangan serta mengurangkan penghasilan ammonia yang menjadi punca utama bau kurang menyenangkan.

“Dengan menggunakan campuran mikrob yang dihasilkan akan menguraikan najis sekali gus memerangkap bau. Kita boleh sembur pada najis haiwan atau dicampurkan dalam minuman atau makanan ternakan sekali gus menjadikan najis itu sebagai kompos yang baik,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai Pak Faisal KS berkata, penggunaan teknologi itu turut berpotensi mengurangkan kehadiran lalat yang lazimnya tertarik kepada bau daripada sisa ternakan.

Malah, kawalan bau secara berkesan mampu mengurangkan gangguan kepada kawasan perumahan berhampiran, khususnya ladang ayam yang kesan baunya boleh merebak sehingga ratusan meter.

Beliau berkata penggunaan EM dilihat lebih selamat dan praktikal kerana dihasilkan daripada sumber semula jadi serta bebas kimia.

Selain sektor penternakan, aplikasi mikrob itu turut boleh dimanfaatkan dalam pertanian menerusi proses fermentasi bahan seperti batang jagung, rumput Napier dan jerami padi untuk dijadikan silaj.

Kaedah berkenaan bukan sahaja membantu mengurus bahan buangan pertanian, malah berpotensi memperbaiki kesuburan tanah apabila bahan organik yang telah terurai dikembalikan kepada tanah.

“Ia bukan sahaja dapat menguraikan ammonia malah bertindak sebagai probiotik semula jadi yang menguatkan sistem imun serta memperbaiki sistem pencernaan haiwan,” katanya.

Pak Faisal berkata penggunaan kaedah berkenaan perlu disertai pendidikan dan bimbingan secara berterusan supaya penternak serta pengusaha pertanian memahami kaedah aplikasi dengan betul dan memperoleh hasil optimum.

Beliau turut menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memperluas penggunaan teknologi itu sebagai pendekatan pertanian dan penternakan lebih lestari.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.