Emas Para SUKMA hadiah buat isteri, anak baru lahir

10 Sep 2026, 9:40 AM
Emas Para SUKMA hadiah buat isteri, anak baru lahir

SHAH ALAM, 10 SEPT: Hadir sebagai pilihan juara, namun Muhammad Farhan Norhayalim enggan mengambil mudah saingan sebelum akhirnya berjaya menghadiahkan pingat emas Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 kepada isteri dan anaknya yang baru dilahirkan.

Farhan yang beraksi dalam acara Men's Individual Rapid Chess B1 berkata, kejayaan itu hadir selepas melalui persiapan rapi yang menyaksikan beliau banyak mengorbankan masa bersama keluarga untuk memastikan tahap permainannya berada pada prestasi terbaik.

Menurutnya, antara cabaran utama sepanjang saingan kali ini adalah untuk mengekalkan konsistensi permainan bermula daripada pembukaan, permainan pertengahan sehingga ke peringkat penamat.

“Kalau ikutkan, atas kertas memang saya juara, tetapi hari ini saya rasa banyak negeri lain yang beri saingan kepada saya.

“Saya dah menang 11 game berturut-turut, yang terakhir itu sahaja saya kalah, tapi saya dapat draw,” katanya.

Farhan berkata persiapan menghadapi temasya kali ini turut menuntut pengorbanan besar apabila sebahagian besar masanya dihabiskan untuk latihan, selain waktu rehat yang terpaksa dikurangkan.

“Saya banyak berkorban masa untuk persiapan Para SUKMA ini. Banyak habiskan masa berlatih dan rehat juga memang agak kurang,” katanya.

Lebih bermakna buat Farhan, kejayaan tersebut didedikasikan khusus buat isteri serta cahaya mata yang baru dilahirkan.

“Kemenangan ini untuk isteri dan anak kami yang baru lahir bulan Mei lalu,” katanya.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.