Jerebu: IPU enam kawasan Selangor beransur turun ke tahap sederhana

10 Sep 2026, 1:03 AM
Jerebu: IPU enam kawasan Selangor beransur turun ke tahap sederhana

SHAH ALAM, 10 SEPT: Enam kawasan di Selangor yang sebelum ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat kini beransur turun ke tahap sederhana setakat 8 pagi ini.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Kuala Selangor mencatatkan bacaan IPU 69, Petaling Jaya (79), Shah Alam (82), Klang (72), Banting (80) dan Johan Setia (94).

Bagaimanapun, beberapa kawasan di negeri lain masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat, antaranya Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.

Di Kuala Lumpur, hanya Batu Muda masih berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan 166, manakala empat kawasan di Johor turut merekodkan bacaan sama iaitu Batu Pahat (143), Kluang (149), Larkin (146) dan Pasir Gudang (105).

Di Sarawak pula, sekurang-kurangnya enam kawasan masih mencatatkan IPU tidak sihat, masing-masing Samalaju (164), Bintulu (106), Mukah (153), Sibu (155), Sarikei (194) dan Sri Aman (158).

Mengikut kategori IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.