Selangor pantau prestasi PBT, pegawai dan ahli majlis seluruh negeri

9 Sep 2026, 2:00 PM
Selangor pantau prestasi PBT, pegawai dan ahli majlis seluruh negeri

SHAH ALAM, 9 SEPT: Kerajaan Negeri akan menyemak dan memantau prestasi semua pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk pegawai dan ahli majlisnya.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata semakan itu memastikan perkhidmatan diberikan kepada pembayar cukai memuaskan dan meyakinkan rakyat.

“Beberapa majlis akan saya pilih, akan round sampai habis untuk kenal pasti isu-isu berbangkit. Saya akan cuba bantu sekadar yang boleh.

“Saya akan semak dan pantau prestasi semua PBT, ahli majlis dan semua pegawai-pegawai. Kita nak pastikan semua isu berbangkit selesai,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, pemantauan yang dilaksana akan memastikan PBT di Selangor menjadi barisan hadapan dan benteng yang boleh meyakinkan rakyat.

“Kita mahu PBT memberi sistem pencapaian yang cekap, mesra rakyat dan pelabur,” katanya.

Sebelum ini, Suee Lim memaklumkan Kerajaan Negeri akan melaksanakan tinjauan bebas seawal tahun depan bagi menilai tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi dan mutu perkhidmatan PBT di Selangor.

Jelasnya, persiapan sedang dilakukan untuk melantik badan bebas bagi menjalankan tinjauan melibatkan pengguna, pembayar cukai dan rakyat.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.