Bencana: Ini senarai hotline kecemasan Selangor

5 Nov 2026, 12:23 PM
Bencana: Ini senarai hotline kecemasan Selangor

SHAH ALAM, 5 NOV: Orang ramai digesa menyimpan dan menyebarkan senarai nombor hotline Bilik Gerakan Bencana Negeri Selangor sebagai persediaan menghadapi sebarang kejadian bencana, khususnya sepanjang musim hujan.

Menerusi hebahan di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, talian kecemasan 999 perlu dihubungi bagi kejadian yang memerlukan bantuan segera.

Bagi urusan berkaitan bencana, penduduk boleh menghubungi Smart Selangor Operations Centre (SSOC) melalui WhatsApp di 010-888 7364, selain bilik gerakan di sembilan Pejabat Daerah dan Tanah seluruh negeri.

Senarai nombor hotline Bilik Gerakan Bencana Negeri Selangor, sembilan Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai rujukan orang ramai ketika kecemasan. Foto Facebook PEJABAT SUK SELANGOR

Turut disediakan ialah nombor telefon dan WhatsApp pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudahkan penyaluran maklumat serta penyelarasan tindakan mengikut kawasan pentadbiran masing-masing.

Orang ramai turut diingatkan supaya mematuhi amaran pihak berkuasa, mengelakkan kawasan berisiko, tidak meredah arus deras dan segera berpindah ke tempat selamat sekiranya diarahkan berbuat demikian.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.