Jerebu: Enam kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi

9 Sep 2026, 1:40 AM
Jerebu: Enam kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi

SHAH ALAM, 9 SEPT: Enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9.30 pagi ini dengan Johan Setia mencatat bacaan tertinggi iaitu 164.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Shah Alam turut merekodkan IPU 161, diikuti Banting (156), Petaling Jaya dan Klang masing-masing 153 serta Kuala Selangor (151).

Bacaan IPU tertinggi negara pula direkodkan di IPD Serian, Sarawak yang mencecah 214, sekali gus berada pada tahap sangat tidak sihat.

Beberapa kawasan lain di Sarawak turut mencatat kualiti udara tidak sihat antaranya Kuching dan Samarahan masing-masing 185, Sarikei (174), Sri Aman (173), ILP Miri (171) serta Samalaju (169).

Batu Muda di Kuala Lumpur pula merekodkan bacaan 170 manakala Cheras mencatat 161.

Antara negeri lain yang turut merekodkan IPU pada tahap tidak sihat ialah Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Johor, Pahang dan Putrajaya.

Secara keseluruhan, 29 kawasan merekodkan kualiti udara sederhana manakala empat kawasan berada pada tahap baik dan tiada kawasan mencatat bacaan berbahaya.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.