Jerebu: Hanya Kuala Selangor catat IPU sederhana setakat 8 malam ini

19 Okt 2026, 1:12 PM
Jerebu: Hanya Kuala Selangor catat IPU sederhana setakat 8 malam ini
Jerebu: Hanya Kuala Selangor catat IPU sederhana setakat 8 malam ini

SHAH ALAM, 19 OKT: Kuala Selangor menjadi satu-satunya kawasan di Selangor yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana pada paras 93 setakat jam 8 malam ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lima kawasan lain masih mencatat kualiti udara tidak sihat, dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi di negeri ini pada paras 164.

Bacaan di Johan Setia bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding 172 yang direkodkan pada jam 2 petang tadi.

Empat lagi kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya (160), Shah Alam (156), Klang (155) dan Banting (154).

Keadaan jerebu sekitar KLIA, Sepang. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR

Di peringkat nasional, sebanyak 24 kawasan masih mencatat kualiti udara tidak sihat, berkurang berbanding 27 kawasan yang direkodkan pada sebelah pagi.

Antara kawasan yang mencatat bacaan tinggi ialah Batu, Kuala Lumpur (166), serta Nilai, Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing pada paras 162.

Sementara itu, hanya lima kawasan di Malaysia merekodkan IPU baik iaitu Langkawi, Kedah (49), Miri, Sarawak (43), Limbang, Sarawak (33), Wilayah Persekutuan Labuan (49) dan Kimanis, Sabah (42).

Mengikut klasifikasi Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala melebihi 300 berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.