Siasatan menyeluruh penting pastikan pesalah pencemaran sumber air dapat didakwa

8 Sep 2026, 8:47 AM
Siasatan menyeluruh penting pastikan pesalah pencemaran sumber air dapat didakwa
Siasatan menyeluruh penting pastikan pesalah pencemaran sumber air dapat didakwa

SHAH ALAM, 8 SEPT: Tindakan penguatkuasaan terhadap kes pencemaran sumber air perlu disokong siasatan menyeluruh, keterangan kukuh serta kerjasama erat antara agensi bagi memastikan proses pendakwaan lebih berkesan.

EXCO Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, perkara itu antara fokus dalam Sesi Taklimat Kajian Kes Pendakwaan Pencemaran Sumber Air anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor.

Beliau berkata sesi berkenaan memberi ruang kepada agensi berkaitan meneliti ruang penambahbaikan berdasarkan kes pendakwaan pencemaran sumber air sebelum ini.

Menurut Jamaliah, penelitian itu merangkumi aspek siasatan, pembuktian serta penguatkuasaan undang-undang dalam usaha memperkukuh perlindungan sumber air negeri.

“Dalam usaha melindungi sumber air negeri, tindakan penguatkuasaan yang berkesan perlu disokong dengan siasatan menyeluruh, keterangan kukuh serta kerjasama erat antara semua agensi berkaitan,” katanya menerusi Facebook.

Jamaliah berharap sesi berkenaan dapat memperkukuh keupayaan penguatkuasaan selain menjadi platform perkongsian ilmu bagi memastikan sumber air Selangor terus dipelihara demi kepentingan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai yang menjalankan tugas Pengarah LUAS, Haslina Amer; Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Azlina Rasdi serta Pengarah Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Malarvili Ramalingam.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.