Bekas menteri dilepaskan dengan jaminan selepas tujuh hari direman SPRM

8 Sep 2026, 7:54 AM
Bekas menteri dilepaskan dengan jaminan selepas tujuh hari direman SPRM

SHAH ALAM, 8 SEPT: Seorang bekas yang direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), sudah dilepaskan.

Bekas menteri itu sebelum ini direman selama tujuh hari sehingga hari ini dan dibebaskan sebaik tempoh reman berakhir, lapor Berita Harian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, peguam kepada bekas menteri berkenaan dilaporkan berkata anak guamnya sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak penyiasat sejak 2018.

Menurutnya, bekas menteri itu secara konsisten membantu siasatan dan tidak pernah gagal memberikan kerjasama sepanjang tempoh berkenaan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.