SHAH ALAM, 6 SEPT: Tempoh reman seorang bekas menteri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji disambung dua hari lagi.
Perintah sambung reman bermula esok hingga Selasa dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi, lapor Berita Harian.
Sebelum ini, beliau direman selama lima hari sehingga 6 September 2026.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.






