Penjawat awam direman, salah guna kedudukan babit 15 projek RM2 juta

6 Okt 2026, 9:30 AM
Penjawat awam direman, salah guna kedudukan babit 15 projek RM2 juta

SHAH ALAM, 6 OKT: Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kedudukan membabitkan 15 projek kerajaan bernilai kira-kira RM2 juta.

Perintah reman sehingga 12 Oktober ini dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Keningau, Sabah pagi tadi, lapor Berita Harian.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Keningau.

Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menyalahgunakan kedudukannya antara 2021 hingga 2024 dengan mengesahkan Sijil Pengesahan Siap bagi 15 projek kerajaan berkenaan.

Semua projek terbabit dipercayai dilaksanakan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan isteri suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.