Para SUKMA: Selangor dominasi acara renang hari pertama, raih tujuh emas

7 Sep 2026, 11:44 AM
Para SUKMA: Selangor dominasi acara renang hari pertama, raih tujuh emas
Para SUKMA: Selangor dominasi acara renang hari pertama, raih tujuh emas

SHAH ALAM, 7 SEPT: Kontinjen Selangor mendahului carta pingat acara renang pada hari pertama Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Akuatik Selangor hari ini.

Tuan rumah mengumpul keseluruhan 14 pingat dengan tujuh emas, dua perak dan lima gangsa.

Wilayah Persekutuan mengekori rapat di kedudukan kedua dengan lima emas, empat perak dan tiga gangsa, manakala Sabah melengkapkan kelompok tiga teratas menerusi empat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Emas Selangor disumbangkan Amirul Akil Mohd I’zzat Emir menerusi acara 100 meter Kuak Lentang SB12 Lelaki, Ahmad Darwisy Irfan Hishamuddin (100 meter Kuak Lentang S13 Lelaki) dan Muhammad Safwan Suhaimi (100 meter Kuak Dada SB9 Lelaki).

Durratun Musfirah Nor Ahmad bersama pingat emas selepas menjuarai acara 100 meter Kuak Lentang S14 pada Para SUKMA 2026. Foto Facebook MSNS

Turut menyumbang emas ialah Durratun Musfirah Nor Ahmad dalam acara 100 meter Kuak Lentang S14 Wanita, Alysha Aryana Mohd Khairul Azli (100 meter Gaya Bebas S14 Wanita) dan Nur Qaseh Qaisara Ahmad Saifudin (100 meter Gaya Bebas S4/S5 Wanita).

Satu lagi emas diraih menerusi acara 4x100 meter Rampaian S14 Campuran yang dibarisi Durratun Musfirah, Muhammad Niyaz Mukriz Mohd Nazri, Nik Muhammad Joe Asyraff Nik Rfizal dan Alysha Aryana.

Kejayaan Selangor turut diserikan dengan tiga rekod kebangsaan yang dipecahkan menerusi Amirul Akil, Ahmad Darwisy serta atlet renang berpasukan, manakala Durratun Musfirah mencipta satu rekod kejohanan.

Persaingan acara renang bersambung esok dengan 26 pingat emas bakal dipertandingkan di Akuatik Selangor.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.