MPKj jadi lokasi wacana Menteri Ekonomi, 70 peserta perkukuh kefahaman cabaran ekonomi

7 Sep 2026, 6:00 AM
MPKj jadi lokasi wacana Menteri Ekonomi, 70 peserta perkukuh kefahaman cabaran ekonomi

SHAH ALAM, 7 SEPT: Sebanyak 70 peserta berpeluang mendapatkan perkongsian mengenai cabaran ekonomi semasa dan usaha membina ekonomi yang lebih berdaya tahan menerusi Wacana Eksklusif Bersama Menteri Ekonomi di Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), semalam.

Wacana yang disampaikan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir turut menyentuh aspek kepimpinan, khususnya keperluan pemimpin membaca risiko, berani membuat keputusan serta peka terhadap perubahan.

MPKj berkata perbincangan itu turut menekankan kepentingan kerjasama merentasi organisasi dalam menghadapi perubahan dan melaksanakan dasar, polisi serta strategi yang menyokong pembangunan ekonomi negara.

“Wacana yang disampaikan berkisar cabaran ekonomi semasa dan bagaimana Malaysia perlu terus membina ekonomi yang lebih berdaya tahan.

“Turut disentuh tentang kepentingan pemimpin untuk membaca risiko, berani membuat keputusan, peka terhadap perubahan dan bergerak secara bersama-sama merentasi organisasi,” menurut MPKj menerusi hantaran di Facebook.

Peserta tidak melepaskan peluang mengemukakan soalan pada Wacana Eksklusif Bersama Menteri Ekonomi di Teater Mini, Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kajang pada 6 September 2026. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kajang

Program anjuran Advance Leadership and Management Programme (ALMP88) yang berlangsung di Teater Mini, Menara MPKj turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua MPKj, Mohd Fareez Mohd Ariss @ Mohd Hatta.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Penilaian Program dan Potensi) Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr Wan Baharudin Wan Mahmood serta Ketua Pegawai Eksekutif ALMP88, Datuk Nor Muhamad Che Dan @ Che Din.

MPKj berkata pihaknya berbesar hati dipilih sebagai lokasi penganjuran wacana berkenaan dan berharap program seumpama itu dapat memberi inspirasi kepada pemimpin serta pegawai kerajaan dalam melaksanakan dasar dan strategi pembangunan ekonomi negara.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mohd Fareez Mohd Ariss @ Mohd Hatta bergambar bersama peserta selepas Wacana Eksklusif Bersama Menteri Ekonomi di Teater Mini, Menara MPKj, Kajang pada 6 September 2026. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kajang

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.