Lebih satu hektar kawasan lalang berhampiran kondo Lido Beach terbakar

7 Sep 2026, 4:15 AM
Lebih satu hektar kawasan lalang berhampiran kondo Lido Beach terbakar
Lebih satu hektar kawasan lalang berhampiran kondo Lido Beach terbakar

SHAH ALAM, 7 SEPT: Kebakaran membabitkan lebih satu hektar kawasan lalang berhampiran kondominium di Lido Beach Country Garden, Johor Bahru berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas hampir dua setengah jam, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Noor Azhan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.06 malam.

“Operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada 11.35 malam dan tiada kecederaan atau mangsa dilaporkan,” katanya seperti dilapor BH Online.

Kejadian itu turut mendapat perhatian di media sosial selepas rakaman video 21 saat memaparkan kebakaran berkenaan tular.

Rakaman tersebut menunjukkan api marak di kawasan lalang yang dikelilingi beberapa bangunan, termasuk kediaman bertingkat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.