Dua rumah musnah, sebuah kereta rosak dalam kebakaran di Telok Gong

7 Sep 2026, 1:24 AM
Dua rumah musnah, sebuah kereta rosak dalam kebakaran di Telok Gong
Dua rumah musnah, sebuah kereta rosak dalam kebakaran di Telok Gong
Dua rumah musnah, sebuah kereta rosak dalam kebakaran di Telok Gong
Dua rumah musnah, sebuah kereta rosak dalam kebakaran di Telok Gong

SHAH ALAM, 7 SEPT: Dua rumah musnah, sebuah kereta Honda Civic rosak dalam kebakaran di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.01 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi 11 minit kemudian iaitu pada jam 3.12 pagi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 3.12 pagi dan mendapati kebakaran membabitkan dua rumah berkembar.

“Sebuah kereta Honda Civic turut terbakar dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Ashrul berkata anggota bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran.

Beliau berkata kebakaran berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Seramai 14 anggota bomba dikerahkan bagi menjalankan operasi di lokasi kebakaran.

Pasukan terbabit terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas.

Operasi turut membabitkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.