Kebakaran hutan Kalimantan Timur hampiri pusat pemulihan, 11 orang utan dipindahkan

3 Sep 2026, 2:51 PM
Kebakaran hutan Kalimantan Timur hampiri pusat pemulihan, 11 orang utan dipindahkan

JAKARTA, 3 SEPT: Pihak berkuasa Indonesia memindahkan 11 orang utan dari sebuah pusat pemulihan selepas kebakaran hutan menghampiri kemudahan itu di wilayah Kalimantan Timur, menurut agensi pemuliharaan tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Ketua Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Kalimantan Timur Ari Wibawanto berkata status kecemasan diaktifkan di Sekolah Hutan Jejak Pulang di Samboja, Kabupaten Kutai Kartanegara, pada petang 1 Sept selepas asap dan api mula menghampiri kawasan itu.

Kesemua 11 orang utan yang sedang menjalani pemulihan kemudian dipindahkan ke pusat penjagaan sementara.

"Pemeriksaan selepas pemindahan mendapati kesemua 11 orang utan berada dalam keadaan sihat dan selamat daripada pendedahan kepada asap," kata Ari.

Beliau berkata proses pemulihan akan diteruskan di pusat sementara itu menerusi pemberian makanan, aktiviti dan program pengayaan yang bertujuan mengekalkan kesihatan serta tingkah laku semula jadi orang utan berkenaan.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.