Gempa bumi 3.4 magnitud gegar Keningau

3 Sep 2026, 4:12 AM
Gempa bumi 3.4 magnitud gegar Keningau

SHAH ALAM, 3 SEPTEMBER: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku kira-kira 10 kilometer (km) barat Keningau, Sabah pada jam 9.31 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 116.1 darjah Timur dengan kedalaman 10km.

“Gegaran dirasai di Keningau, Sabah dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

METMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.