SRG e-Sports School jadi laluan lahir bakat profesional e-sukan Selangor

2 Sep 2026, 2:00 AM
SRG e-Sports School jadi laluan lahir bakat profesional e-sukan Selangor
SRG e-Sports School jadi laluan lahir bakat profesional e-sukan Selangor
SRG e-Sports School jadi laluan lahir bakat profesional e-sukan Selangor
SRG e-Sports School jadi laluan lahir bakat profesional e-sukan Selangor
SRG e-Sports School jadi laluan lahir bakat profesional e-sukan Selangor

SHAH ALAM, 2 SEPT: Program SRG Esports School 2026 dilihat sebagai antara laluan awal bagi mencungkil bakat muda Selangor sebelum mereka melangkah lebih jauh dalam industri e-sukan secara profesional.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendedahan menerusi program berkenaan penting kerana industri e-sukan hari ini bukan lagi terhad kepada kerjaya sebagai pemain.

Sebaliknya, katanya, bidang itu turut menawarkan peluang dalam kejurulatihan, penyiaran, penciptaan kandungan, pengurusan pasukan dan pemasaran digital.

“Semoga pengalaman sepanjang program ini menjadi langkah pertama untuk kalian pergi lebih jauh dalam industri e-sukan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dan beramah mesra dengan pasukan Selangor Red Giants (SRG) sebelum merasmikan Majlis Penutup SRG Esports School 2026 di ESI Spacerubix, Puchong pada 30, Ogos lalu.

Amirudin berkata pembangunan e-sukan di Selangor bermula menerusi Selangor Cyber Games pada 2014 dan terus berkembang sebagai industri yang mempunyai potensi kerjaya tersendiri.

Menurutnya, Kerajaan Negeri mahu lebih ramai bakat muda dibimbing secara tersusun supaya bukan sahaja mampu menjadi pemain kompetitif, malah mempunyai disiplin serta kemahiran profesional yang diperlukan industri.

“Insya-Allah, kita mahu lebih ramai bakat muda Selangor dibimbing bukan sahaja menjadi pemain yang hebat, tetapi juga tenaga profesional yang berdisiplin, berkemahiran dan mampu mengharumkan nama Selangor di pentas yang lebih tinggi,” katanya.

Kerajaan Negeri turut akan terus memperkukuh ekosistem e-sukan melalui kerjasama dengan pelbagai rakan strategik bagi memastikan peluang pembangunan bakat dapat diperluas.

Antara perancangan yang sedang diberi perhatian ialah pembangunan Gedung E-Sukan Selangor di Shah Alam sebagai sebahagian usaha menyediakan ekosistem lebih lengkap kepada pemain dan tenaga profesional industri.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.