PKPS pantau agropreneur hadapi cuaca panas, gesa pertanian diberi keutamaan

1 Sep 2026, 7:00 AM
PKPS pantau agropreneur hadapi cuaca panas, gesa pertanian diberi keutamaan
PKPS pantau agropreneur hadapi cuaca panas, gesa pertanian diberi keutamaan
PKPS pantau agropreneur hadapi cuaca panas, gesa pertanian diberi keutamaan

SERDANG, 1 SEPT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sentiasa memantau perkembangan dan keperluan agropreneur di negeri ini susulan keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan sekiranya berlaku isu di luar kawalan petani.

"PKPS sendiri sentiasa memantau perkembangan kita punya agropreneur yang bernaung di bawah PKPS dan kita memberikan bantuan kepada mereka jika ada isu yang melibatkan di luar kawalan.

"Contohnya seperti yang melibatkan agropreneur di Kuala Langat yang terlibat dengan kebakaran. Jadi kita terus memberi bantuan dengan segera," katanya.

Beliau ditemui selepas Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKPS dan NAFAS sempena pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini hari ini.

Beliau berkata, bantuan yang disalurkan termasuk input pertanian selain nasihat berkaitan tindakan yang perlu diambil agropreneur ketika berdepan keadaan cuaca panas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Belanjawan 2027 beliau berharap sektor agromakanan dan pertanian diberi keutamaan memandangkan sektor berkenaan merupakan asas kepada keperluan makanan negara.

"Kamu boleh pergi berperang, bercerita berkenaan industri lain tetapi industri yang paling asas adalah industri pertanian dan kita perlu memberikan tumpuan kepada sektor makanan ini sebelum kita melihat kepada isu dan juga sektor yang lain.

"Saya harap Menteri Besar Selangor dan Perdana Menteri kita dapat memberikan tumpuan yang lebih dari segi sektor pertanian, sektor agromakanan," katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.