BUDI MADANI: Had bulanan naik semula kepada 300 liter mulai esok

31 Ogos 2026, 9:16 AM
BUDI MADANI: Had bulanan naik semula kepada 300 liter mulai esok
BUDI MADANI: Had bulanan naik semula kepada 300 liter mulai esok
BUDI MADANI: Had bulanan naik semula kepada 300 liter mulai esok
BUDI MADANI: Had bulanan naik semula kepada 300 liter mulai esok
BUDI MADANI: Had bulanan naik semula kepada 300 liter mulai esok

SHAH ALAM, 31 OGOS: Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI akan dinaikkan semula daripada 200 liter kepada 300 liter mulai 1 September.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan pelarasan itu dilaksanakan secara automatik kepada penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), tertakluk kepada kelayakan masing-masing.

“Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kementerian itu, lebih 700,000 daripada jumlah berkenaan turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.

Bagi lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak, mereka boleh membuat permohonan untuk mendapatkan tambahan kelayakan sebanyak 100 liter sebulan.

Tambahan berkenaan membolehkan jumlah kelayakan bulanan golongan itu meningkat daripada 300 liter kepada 400 liter.

“Pemilik pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan terbabit boleh berbuat demikian melalui portal BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my,” kata MOF.

Bagi pemilik pikap dan jip yang sudah diluluskan tambahan 100 liter sebelum ini, kementerian memaklumkan kelayakan mereka akan diselaraskan secara automatik kepada 400 liter mulai 1 September.

MOF menjelaskan pengembalian had kelayakan bulanan itu mengambil kira pengurusan bekalan yang semakin tersusun, penguatkuasaan lebih tegas, prestasi ekonomi negara yang kukuh serta kemampuan kewangan kerajaan.

Langkah itu turut mengambil kira keperluan rakyat yang menempuh perjalanan jauh bagi urusan harian serta peniaga kecil yang bergantung pada kenderaan untuk mencari rezeki.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan subsidi bahan api disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak, sambil memperkukuh usaha membendung ketirisan, penyeludupan dan penyalahgunaan,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.