Banjir kilat Nepal ragut 623 nyawa, lebih 600 lagi masih hilang

29 Ogos 2026, 5:18 AM

ISTANBUL, 29 OGOS: Angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal mencecah 623 orang hari ini, ketika pasukan mencari dan menyelamat terus menemukan mayat yang dihanyutkan arus deras sungai, lapor Anadolu Ajansi.

Polis Nepal mengesahkan bahawa mereka telah menemukan 616 mayat, termasuk 233 di Chitwan dan 158 di Nawalparasi Timur, menjadikannya antara kawasan paling teruk terjejas akibat bencana itu.

Angka korban itu termasuk puluhan mangsa yang ditemui di Gorkha, Dhading dan Nuwakot susulan limpahan air sungai Bhotekoshi dan Trishuli, sungai utama yang berpunca daripada banjaran Himalaya.

Mayat ditemukan sehingga ke kawasan sempadan dengan India. Sekurang-kurangnya 638 orang dilaporkan hilang di wilayah Nepal termasuk 511 warga asing.

Sementara itu, tujuh orang terkorban dan 554 lagi masih hilang di China, menurut Agensi Berita Xinhua.

Pihak berkuasa Nepal melaporkan 2,301 orang telah diselamatkan atau dirawat akibat kecederaan, dengan kebanyakan mangsa yang terselamat berada di daerah Nuwakot dan Rasuwa.

Data polis menunjukkan 27 pegawai masih gagal dihubungi manakala 4,811 anggota telah dikerahkan ke kawasan terjejas bagi mengendalikan usaha pemulihan.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.