MBSA lelong 136 barangan rampasan dan sitaan

29 Ogos 2026, 3:43 AM
MBSA lelong 136 barangan rampasan dan sitaan
MBSA lelong 136 barangan rampasan dan sitaan
MBSA lelong 136 barangan rampasan dan sitaan

SHAH ALAM, 29 OGOS: Sebanyak 136 jenis barangan rampasan dan sitaan dilupuskan menerusi lelongan awam di stor Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 27 Ogos lalu.

MBSA memaklumkan program dengan kerjasama pelbagai jabatan berkaitan itu berjalan lancar dan urusan pengendalian mengikut piawaian yang ditetapkan.

"Pelaksanaan lelongan awam itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MBSA dalam memastikan pengurusan barangan rampasan dan sitaan dilaksanakan secara teratur, telus serta mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan," kata MBSA dalam satu kenyataan di Facebook.

Suasana lelongan awam MBSA di Stor Seksyen 17 yang mendapat sambutan warga tempatan. Lelongan merangkumi barangan kelengkapan perniagaan, barangan elektrik, dan tong gas. Foto MBSA

Barangan lelong terdiri daripada barang kelengkapan perniagaan, barangan elektrik serta tong gas mendapat sambutan warga tempatan.

Lelongan dikendalikan Zakaria Mat Piah, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan dan Muhammad Farizul Mohd Zamal, Penolong Pengarah Jabatan Pelesenan yang dilantik sebagai Pegawai Pelelong.

 

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.