Futuromic: AI dalam fotografi bantu jurugambar fokus kreativiti

27 Ogos 2026, 6:00 AM
Futuromic: AI dalam fotografi bantu jurugambar fokus kreativiti
Futuromic: AI dalam fotografi bantu jurugambar fokus kreativiti
Futuromic: AI dalam fotografi bantu jurugambar fokus kreativiti

SHAH ALAM, 27 OGOS: Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini banyak dimanfaatkan dalam bidang fotografi bagi memudahkan aspek teknikal, sekali gus membolehkan jurugambar memberi lebih tumpuan kepada kreativiti dan pemilihan momen terbaik.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Futuromic Dato’ Billy Lai berkata penggunaan AI dalam bidang berkenaan bukan bertujuan menggantikan manusia, sebaliknya menjadi alat sokongan yang membantu memperkemas aliran kerja jurugambar.

Menurutnya, sentuhan dan pertimbangan manusia masih menjadi elemen penting dalam menghasilkan sesebuah karya fotografi.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Futuromic Dato’ Billy Lai bersama Pengurus Jualan Korporat Futuromic Lim Thian Leong ketika ditemu bual Media Selangor di pejabat Futuromic, Petaling Jaya pada 26 Ogos 2026. — Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Teknologi AI sememangnya tidak akan mampu menggantikan manusia atau fotografi secara langsung, tetapi menjadi sebuah alat yang membantu dalam aliran kerja dan membolehkan kita mencipta lebih banyak perkara yang mungkin sebelum ini sukar dilakukan.

“AI ini membantu jurugambar dalam memberi tumpuan kepada aspek kreatif seperti komposisi dan pemilihan momen terbaik semasa mengambil gambar mahupun merakam satu peristiwa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Media Selangor dalam temu bual mengenai kerjasama Futuromic dengan Media Selangor sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 baru-baru ini.

Jelas Billy, kemajuan teknologi serta penggunaan peralatan fotografi yang bersesuaian turut membantu jurugambar menjalankan tugasan dengan lebih berkesan, terutama dalam merakam aksi sukan yang memerlukan ketepatan dan keupayaan mendapatkan imej dari jarak jauh.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Futuromic Dato’ Billy Lai berkongsi pandangan ketika sesi temu bual bersama Media Selangor di Futuromic Service Centre, Petaling Jaya pada 26 Ogos 2026. — Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Sepanjang SUKMA 2026, Futuromic bekerjasama dengan Media Selangor sebagai pembekal peralatan fotografi dan video bagi menyokong tugasan pasukan jurugambar di lapangan.

Antara peralatan jenama Nikon yang dibekalkan ialah lensa Z100-400mm, Z180-600mm, Z400 dan Z600.

“Kamera dan lensa yang dibekalkan menawarkan fleksibiliti larasan jarak fokus yang sesuai untuk merakam pelbagai aksi sukan, di samping menghasilkan imej subjek dari jarak jauh dengan tahap ketajaman yang tinggi.

“Dengan peralatan seperti ini, kami cuba untuk membantu jurugambar dalam kerja harian mereka supaya tidak perlu bimbang mengenai ketepatan merakam sesuatu objek,” tambahnya.

Pada masa sama, Futuromic berharap kerjasama dengan Media Selangor dapat diteruskan pada masa akan datang, bukan sahaja dalam liputan sukan malah bagi mengetengahkan pelbagai kisah dan isu menerusi teknologi pengimejan berkualiti tinggi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.