
SHAH ALAM, 23 OGOS: Kilauan pingat emas kem Selangor daripada sukan renang hari ini akhirnya muncul menerusi Daniell Scott Williams yang unggul dalam acara 100 meter kuak lentang lelaki.
Beraksi di Pusat Akuatik Selangor, Daniell merekodkan catatan masa 57.07 saat untuk menamatkan saingan di tempat pertama sekali gus menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Selangor.
Pingat perak menjadi milik Joel Thai Yu Ling dari Brunei dengan catatan masa 57.45 saat, manakala Boon Wei David Lee dari Wilayah Persekutuan meraih pingat gangsa dengan catatan 58.32 saat.
Terdahulu, Rainne Jie Xin menghadiahkan pingat gangsa kepada Selangor dalam acara 100 meter kuak lentang wanita.
Rainne mencatatkan masa 1:06.59 saat untuk menamatkan saingan di tempat ketiga.
Pingat emas dimenangi Xin Lin Chong dari Wilayah Persekutuan dengan catatan masa 1:07.70, manakala Vivian Xin Ling Tee dari Pulau Pinang meraih pingat perak dengan catatan masa 1:05.17.








