SUKMA 2026: Yuan Yi Chong raih perak 1500m gaya bebas wanita

23 Ogos 2026, 9:44 AM
SUKMA 2026: Yuan Yi Chong raih perak 1500m gaya bebas wanita
SUKMA 2026: Yuan Yi Chong raih perak 1500m gaya bebas wanita

SHAH ALAM, 23 OGOS: Yuan Yi Chong menyumbang pingat perak kepada Selangor dalam acara 1500 meter gaya bebas wanita pada hari terakhir saingan renang Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 hari ini.

Hasrat Yi Chong untuk menambah koleksi pingat emas peribadi tidak kesampaian apabila dipisahkan kira-kira dua saat oleh perenang Pulau Pinang, Rui Nee Tan yang merangkul emas dengan catatan 18:01.87.

Yi Chong mencatatkan masa 18:03.20, manakala pingat gangsa turut menjadi milik Selangor menerusi Yoong Jia Jia.

Pingat perak itu melengkapkan koleksi Yi Chong kepada tiga pingat emas dan satu perak sepanjang temasya SUKMA ke-22.

Sementara itu, kejayaan Yoong Jia Jia menambah satu lagi pingat kepada kutipan Selangor dalam acara renang pada hari terakhir saingan di Pusat Akuatik Selangor.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.