SUKMA 2026: Ping pong Selangor raih tujuh pingat, tepati sasaran

23 Ogos 2026, 8:30 AM
SUKMA 2026: Ping pong Selangor raih tujuh pingat, tepati sasaran
SUKMA 2026: Ping pong Selangor raih tujuh pingat, tepati sasaran
SUKMA 2026: Ping pong Selangor raih tujuh pingat, tepati sasaran

SHAH ALAM, 23 OGOS: Kem ping pong Selangor menutup saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan pencapaian membanggakan selepas mengutip keseluruhan tujuh pingat, sekali gus menepati sasaran awal yang ditetapkan sebelum temasya.

Skuad ping pong Selangor sebelum ini meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat emas dan sasaran berkenaan berjaya direalisasikan pada hari terakhir pertandingan menerusi Cheah Yu Zheng dalam acara perseorangan wanita.

Selain emas, Selangor turut membawa pulang tiga perak dan tiga gangsa menerusi acara individu serta berpasukan.

Ketua jurulatih Selangor, Choo Sim Guan berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan skuad namun percaya anak buahnya mempunyai kemampuan untuk menukar beberapa pingat kepada warna yang lebih baik.

“Saya berpuas hati dengan kejayaan tujuh pingat ini. Satu emas itu menepati sasaran awal kami tetapi saya sendiri rasakan kami mampu memberikan lebih baik.

Atlet perseorangan wanita Selangor Cheah Yu Zheng memenangi pingat emas dalam acara akhir ping pong wanita SUKMA Selangor 2026 di Dewan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Bandar Bukit Raja, Klang pada 23 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Pemain sudah memberikan segala-galanya dan kami mempunyai skuad muda dan masa depan kami cerah pada SUKMA akan datang,” katanya kepada Media Selangor.

Menurutnya, pengalaman yang diraih barisan pemain muda pada temasya kali ini menjadi bekalan penting untuk mereka terus berkembang dan memburu pencapaian lebih baik pada edisi akan datang.

Selangor menamatkan saingan di tempat kedua keseluruhan bagi acara ping pong, di belakang Pulau Pinang yang muncul pasukan terbaik dengan tiga emas, dua perak dan dua gangsa manakala Wilayah Persekutuan pula menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Pencapaian tujuh pingat itu sekali gus memberikan suntikan positif kepada skuad ping pong Selangor untuk terus memperkukuhkan barisan pemain muda bagi menghadapi cabaran pada SUKMA akan datang.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.