Selangor buru final sepak takraw regu, penyokong diajak banjiri Arena MBSJ

23 Ogos 2026, 4:30 AM
Selangor buru final sepak takraw regu, penyokong diajak banjiri Arena MBSJ
Selangor buru final sepak takraw regu, penyokong diajak banjiri Arena MBSJ
Selangor buru final sepak takraw regu, penyokong diajak banjiri Arena MBSJ

SHAH ALAM, 23 OGOS: Selangor meneruskan rentak dalam saingan sepak takraw Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 apabila berjaya menempah tiket ke separuh akhir acara regu lelaki, sekali gus hanya selangkah daripada pentas final.

Aksi separuh akhir yang berlangsung di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Puchong hari ini menjadi tumpuan dalam menentukan dua pasukan yang bakal meneruskan perjuangan merebut pingat emas.

Menjelang aksi penting itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han mengajak penyokong Selangor turun beramai-ramai ke arena bagi memberikan sokongan dan meniup semangat kepada pemain yang membawa cabaran Merah Kuning.

Keputusan sepak takraw peringkat kumpulan regu lelaki SUKMA Selangor 2026. Foto Facebook Persekutuan Sepaktakraw Malaysia - PSM

"Jom kita turun ramai-ramai ke Arena MBSJ Puchong, meriahkan suasana dan berikan sorakan padu buat anak-anak Selangor!

"Ayuh Selangor! Satu sokongan, satu perjuangan!” katanya.

Saingan regu lelaki sebelum ini menyaksikan Wilayah Persekutuan mengungguli Kumpulan D dengan rekod bersih tiga kemenangan daripada tiga perlawanan untuk mengumpul enam mata, diikuti Pulau Pinang dengan empat mata.

Kedua-dua pasukan berkenaan layak meneruskan saingan ke peringkat kalah mati, manakala Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing menamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga dan keempat.

Dengan saingan kini memasuki fasa penentuan, tumpuan terarah kepada perjuangan Selangor untuk melepasi cabaran separuh akhir dan meneruskan kemaraan ke pentas final.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.