SUKMA 2026: Shannon buru emas kelapan, Selangor terus kuasai kolam renang

23 Ogos 2026, 3:31 AM
SUKMA 2026: Shannon buru emas kelapan, Selangor terus kuasai kolam renang
SUKMA 2026: Shannon buru emas kelapan, Selangor terus kuasai kolam renang

SHAH ALAM, 23 OGOS: Selangor terus memperlihatkan penguasaan dalam saingan renang Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 apabila beberapa lagi wakilnya mara ke final yang berlangsung petang ini di Pusat Akuatik Selangor.

Dalam acara 50 meter gaya bebas wanita, Eliza Ai Shen Tan dan Kaelyn Wei Yi Chee berjaya melayakkan diri ke final.

Bagi acara 50 meter gaya bebas lelaki pula, Zhi Yang Ho dan Zheng Yew Chong turut memastikan tempat dalam saingan akhir.

Namun, tumpuan turut terarah kepada perenang dari Pulau Pinang Yu Jing Tong yang mencatat masa 22.85 saat, sekali gus memecahkan rekod SUKMA sebelum ini iaitu 23.06 saat.

Selain itu, kuartet Selangor dalam acara 4x100 meter rampaian lelaki dan wanita turut melangkah ke final.

Pada sesi final petang ini, perhatian khusus diberikan kepada Shannon Tan Yang-Qing yang memburu pingat emas kelapan peribadi menerusi acara 4x100 meter rampaian wanita.

Shannon sebelum ini sudah mengumpul tujuh pingat emas sepanjang saingan SUKMA kali ini, selain mencipta tiga rekod SUKMA.

Terdahulu, Daniel Scott Williams, Oswald Lim, Rannie Jie Xin dan Yu Shan Liew, mara ke final acara 100 meter kuak lentang lelaki dan wanita sekali gus menambah peluang kontinjen Selangor untuk terus menambah koleksi emas pada hari terakhir saingan renang.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.