SUKMA 2026: Dua perenang Selangor mara ke akhir 100 meter kuak lentang

23 Ogos 2026, 2:32 AM
SUKMA 2026: Dua perenang Selangor mara ke akhir 100 meter kuak lentang
SUKMA 2026: Dua perenang Selangor mara ke akhir 100 meter kuak lentang

SHAH ALAM, 23 OGOS: Dua perenang Selangor, Rannie Jie Xin dan Yu Shan Liew, mara ke final acara 100 meter kuak lentang wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Rannie mencatat masa ketiga terpantas dalam saringan, manakala Yu Shan merekodkan catatan keenam terpantas untuk turut mengesahkan tiket ke final.

Aksi final dijadualkan berlangsung petang ini di Pusat Akuatik Selangor, sekali gus membuka peluang buat kedua-dua perenang Selangor memburu kilauan pingat di hadapan penyokong sendiri.

Rannie dan Yu Shan dijangka sekali lagi memberikan saingan sengit dalam perebutan podium pada aksi final berkenaan.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.