Catatan Pintu 27 Terminal 1

23 Ogos 2026, 12:30 AM
Catatan Pintu 27 Terminal 1

Oleh Mudin Haiqal

Ilustrasi Muizzah

Pesawat memuntahkan manusia

sempadan membuka mulut

dan perutnya telah surut

Dia tidak mendakap isi rahim

dari pintu keberangkatan

lima bulan lalu

entah bunga, entah kumbang

entah apa dipanggil sekarang

meski Palermo telah lama memberi nama

pada nyawa menjadi niaga

Dia meninggalkan balai ketibaan

tubuhnya ditelan pintu rahsia

dua nyawa berangkat

entah siapa yang benar pulang.

Kategoriseni budaya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.